Translate

Monday 26 August 2019

UiTM Bandaraya Melaka

Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan - Imam as Syafie  

     Sudah 2 Tahun aku belajar di UiTM, pengalaman pahit, manis, semua ada, tapi yang penting sekali adalah niat kita. Ada orang, datang dengan niat untuk belajar, menimba ilmu, ada yang datang sebab keluarga, ada yang datang sebab nak cari jodoh , ada juga yang datang sebab terpaksa.

     Tidak kira apa pun sebab itu, betulkan semula niat kita 😊. Barulah semangat nak belajar dan barulah ilmu itu diberkati dan berpanjangan. tiadalah habis peperiksaan sahaja terus lupa apa yang kita belajar kan? huhuhu

     Jadi, apa yang saya nak kongsi tentang UiTM Bandaraya Melaka ini ataupun lebih dikenali sebagai KBM ( Kampus Bandaraya Melaka ) ialah berkenaan kehidupan di sana dan apa kemudahan yang ada.

     KBM ini adalah bangunan 16 tingkat di mana tingkat 6 sehingga tingkat 14 adalah kelas dan juga makmal yang disediakan khas untuk pelajar UiTM KBM . Menariknya lagi, sekarang banyak infrastuktur yang telah diubahsuai dan dinaik taraf mengikut keselesaan pelajar seperti bilik belajar 24 jam di aras 1, bilik perbincangan aras 7 dan dalam pusat sumber aras 12. Kafe KBM ni pun boleh tahan tau. Rasa macam ala-ala makan dalam kafe mahal macam tu 😋

     Di KBM ini juga ada jual kopi. "Leitto Kahve" namanya. "Leitto Kahve" ini diuruskan di bawah kelab barista UiTM Bandaraya Melaka. haa bagi sesiapa yang teringin nak jadi barista tu atau nak kumpul pengalaman baru bolehlah sertai kelab ini. Selain daripada belajar buat kopi, boleh belajar berniaga juga tau. menarik bukan?

      Lagi satu, di KBM ini ibarat di London tau. sejuk dia bukan main lagi 😱. Jadi jangan peliklah kalau anda datang Melaka dan nampak orang pakai baju sejuk ditengah-tengah panas terik tu. Bukan apa, walaupun di luar panas yang amat, tapi di dalam sejuk macam dalam peti ais.

     Pusat sumber pula ada dua. Satu di aras 1, dan satu lagi di aras 12. Dua dua aras ni selesa dan aman, yelah dah namanya pun pusat sumber kan 😆 hahaha. Tapi kalau nak pemandangan yang menarik bolehlah belajar di tingkat 12. Boleh nampak seluruh melaka, sampai kapal dekat tengah laut tu pun boleh nampak. Tapi, kalau nak bersendirian atau nak lebih fokus, bolehlah belajar di pusat sumber aras 1.

     KBM ini satu bangunan sahaja, pusing-pusing, naik turun, jumpa orang yang sama juga. Jadi lebih ramai kenalan. Di KBM ini kita naik dan turun guna tangga dan guna lif. Untuk hari kuliah, pelajar kena naik tangga dari aras 1 sampai aras 4. Bila dah sampai aras 4 tu barulah boleh guna lif. Tapi kalau hari minggu atau hari cuti naik lif dari aras 1 pun boleh. Tiada masalah. haha

     Sebenarnya saya nak tunjuk gambar gambar terbaru UiTM Bandaraya Melaka ini, tetapi gambar tu dah terpadam pula dari telefon bimbit saya . hm. Nanti bila ada masa terluang saya kongsi ya 😊



Selamat malam~






No comments:

Post a Comment

Entri baru...

Apartmen yayasan melaka (AYAM)

Hai semua! . Hari ini 1 september 2019. Hari pertama saya tinggal di apartmen yayasan melaka atau lebih dikenali sebagai AYAM. Siapa sah...