Translate

Sunday 1 September 2019

Apartmen yayasan melaka (AYAM)

Hai semua!
.
Hari ini 1 september 2019. Hari pertama saya tinggal di apartmen yayasan melaka atau lebih dikenali sebagai AYAM. Siapa sahaja yang tidak kenal AYAM ni.  Apartmen yang paling dekat dengan UiTM dan menjadi pilihan pelajar di sini.  Menariknya lagi,  apartmen ini berdekatan dengan Aeon,  Tesco dan pasaraya lain. Cumanya harganya agak mahal berbanding tempat tinggal yang lain. 

Pertama kali buat bayaran, macam macam dugaan melanda. Macam macam kejadian ajaib pun berlaku.  Mungkin Allah nak jodohkan aku dengan kawan sekolah aku dulu.  Jadi kami pun jadi teman sebilik. 

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan semoga ikatan yang terjalin ni berkekalan dan tiadalah terputus di tengah jalan. 

Mesti ramai yang tertanya tanya macammana keadaan dalam rumah di apartmen AYAM ni kan? Hehe

Inilah dia.  Disebabkan tingkap menghala dinding jadi gelaplah hm. 

Ini ayah saya.  Datang datang hidupkan kipas terus cuci kipas tu 😂 ayah memang rajin. Macam anaknya 😝
Hehehe

Setakat ni okay sahaja.  Cuma ada sedikit kerosakan pada perabot dan tingkap.  Yalah AYAM ini pun telah lama dibina.  Jadi faham fahamlah ya.

Kalau nak tinggal AYAM ni,  benda paling wajib sekali adalah kipas ya anak anak 😂 bila ada kipas barulah rasa hidup 😂😂

Haha
Okay itu sahaja untuk harini.  Lagi..  cerita perjalanan nak pergi Melaka.  Macam macam berlaku! 😢 nak tahu?  Tunggu... 

Monday 26 August 2019

ENT530 JUAL BISKUT KOALA DAN PUDING SEDUT

Selamat datang ke blog "chotchet" !

     Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya jual biskut koala dan puding sedut untuk tugasan individu dalam subjek ENT530.

Mungkin ada yang masih mencari idea untuk jual apa kan? 

     Bagi saya jualan paling laku adalah makanan dan paling mudah adalah jual barang seperti alatan kosmetik, pakaian sebab tarikh luput yang lama atau tiada langsung. Jadi kalau nak simpan stok sampai berbulan-bulan pun boleh. Berbeza dengan makanan yang tarikh luputnya adalah lebih pendek dan perlu menjaga aspek-aspek kebersihan dan keselamatan ( tidak membahayakan kesihatan ).

     Masa awal-awal dahulu saya tak tahu nak jual apa tapi apa yang saya tahu adalah saya nak jual makanan yang saya buat sendiri atas jenama saya sendiri. Jadi masa itu saya buka Facebook dan ternampak pula iklan "Melky" ini. 

     Disebabkan saya tertarik dengan maklum balas pelanggan, jadi saya pun beli dan buat sendiri dengan menggunakan nama "pudding sedoot" . kalau anda nak tahu, puding sedut ini berasal dari Indonesia dan sangat popular di sana. Resepi dia pun cukup mudah tapi kena agak-agak jangan sampai terlebih gula pula. nanti manis sangat jadi satu hal pula. hahaha

     Baik. Berbalik pada "Pudding Sedoot" tadi, caranya mudah sahaja. memandangkan bahannya telah siap semua, jadi saya hanya perlu didihkan serbuk Melky tadi tu dengan air dan kemudian sejukkan di dalam peti sejuk. ( Masa ini saya tinggal di rumah sewa, jadi mudahlah untuk saya sediakan puding sedut ni ).


inilah dia "Pudding Sedoot" saya tu, sedap sangat rasa macam ais-krim!😋

yang ini pula biskut Koala. saya bungkus dalam plastik kecil dan jual dengan harga RM2.50.

yang ini pula biskut Koala dalam bekas besar. Jadi bagi yang nak makan banyak terus, bolehlah beli yang ini.

     Dari segi kos pula agak tinggi sebab serbuk "Melky" ini boleh tahan juga mahalnya tetapi berbaloi dengan rasanya yang sangat sedap! kalau buat ais-krim pun rasa macam makan ais-krim yang mahal. Tekstur dia pun lembut sahaja ❤ tak sakit gigi 😋

Untuk biskut Koala pula agak murah cuma bergantung juga. Kalau beli di Shopee atau Lazada dapatlah harga murah. Tapi kalau di kedai agak mahal sedikit.

Jadi apa pun pilihan anda , nak berniaga ni yang penting sekali kena rajin dan TAK BOLEH malu. Kena capai "target" tidak kiralah sama ada anda berniaga untuk markah tugasan ataupun sebab minat. yang penting kita ada hala tuju kita. sampai ke tahap mana yang kita mahu.

sekian, 
chochet.

UiTM Bandaraya Melaka

Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan - Imam as Syafie  

     Sudah 2 Tahun aku belajar di UiTM, pengalaman pahit, manis, semua ada, tapi yang penting sekali adalah niat kita. Ada orang, datang dengan niat untuk belajar, menimba ilmu, ada yang datang sebab keluarga, ada yang datang sebab nak cari jodoh , ada juga yang datang sebab terpaksa.

     Tidak kira apa pun sebab itu, betulkan semula niat kita 😊. Barulah semangat nak belajar dan barulah ilmu itu diberkati dan berpanjangan. tiadalah habis peperiksaan sahaja terus lupa apa yang kita belajar kan? huhuhu

     Jadi, apa yang saya nak kongsi tentang UiTM Bandaraya Melaka ini ataupun lebih dikenali sebagai KBM ( Kampus Bandaraya Melaka ) ialah berkenaan kehidupan di sana dan apa kemudahan yang ada.

     KBM ini adalah bangunan 16 tingkat di mana tingkat 6 sehingga tingkat 14 adalah kelas dan juga makmal yang disediakan khas untuk pelajar UiTM KBM . Menariknya lagi, sekarang banyak infrastuktur yang telah diubahsuai dan dinaik taraf mengikut keselesaan pelajar seperti bilik belajar 24 jam di aras 1, bilik perbincangan aras 7 dan dalam pusat sumber aras 12. Kafe KBM ni pun boleh tahan tau. Rasa macam ala-ala makan dalam kafe mahal macam tu 😋

     Di KBM ini juga ada jual kopi. "Leitto Kahve" namanya. "Leitto Kahve" ini diuruskan di bawah kelab barista UiTM Bandaraya Melaka. haa bagi sesiapa yang teringin nak jadi barista tu atau nak kumpul pengalaman baru bolehlah sertai kelab ini. Selain daripada belajar buat kopi, boleh belajar berniaga juga tau. menarik bukan?

      Lagi satu, di KBM ini ibarat di London tau. sejuk dia bukan main lagi 😱. Jadi jangan peliklah kalau anda datang Melaka dan nampak orang pakai baju sejuk ditengah-tengah panas terik tu. Bukan apa, walaupun di luar panas yang amat, tapi di dalam sejuk macam dalam peti ais.

     Pusat sumber pula ada dua. Satu di aras 1, dan satu lagi di aras 12. Dua dua aras ni selesa dan aman, yelah dah namanya pun pusat sumber kan 😆 hahaha. Tapi kalau nak pemandangan yang menarik bolehlah belajar di tingkat 12. Boleh nampak seluruh melaka, sampai kapal dekat tengah laut tu pun boleh nampak. Tapi, kalau nak bersendirian atau nak lebih fokus, bolehlah belajar di pusat sumber aras 1.

     KBM ini satu bangunan sahaja, pusing-pusing, naik turun, jumpa orang yang sama juga. Jadi lebih ramai kenalan. Di KBM ini kita naik dan turun guna tangga dan guna lif. Untuk hari kuliah, pelajar kena naik tangga dari aras 1 sampai aras 4. Bila dah sampai aras 4 tu barulah boleh guna lif. Tapi kalau hari minggu atau hari cuti naik lif dari aras 1 pun boleh. Tiada masalah. haha

     Sebenarnya saya nak tunjuk gambar gambar terbaru UiTM Bandaraya Melaka ini, tetapi gambar tu dah terpadam pula dari telefon bimbit saya . hm. Nanti bila ada masa terluang saya kongsi ya 😊



Selamat malam~






Entri baru...

Apartmen yayasan melaka (AYAM)

Hai semua! . Hari ini 1 september 2019. Hari pertama saya tinggal di apartmen yayasan melaka atau lebih dikenali sebagai AYAM. Siapa sah...